Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Iklan
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin selepas dirangsang oleh kenaikan sentimen terhadap mata wang tempatan dan pembetulan dalam dolar AS.

RINGGIT ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin selepas dirangsang oleh kenaikan sentimen terhadap mata wang tempatan dan pembetulan dalam dolar AS, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.1730/1760 berbanding dolar AS semasa ditutup pada Jumaat lepas yang mencatatkan 4.1770/1810.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Ekonomi Bank Islam, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, indeks dolar AS atau DXY merosot di bawah 94 mata, menunjukkan bahawa pembetulan teknikal sedang berlaku berikutan kedudukannya yang terlalu tinggi berdasarkan carta teknikal.

"Ringgit nampaknya bersifat konstruktif buat masa ini selepas menerima sokongan daripada peningkatan harga komoditi iaitu minyak mentah Brent,” katanya kepada Bernama.

Iklan

Bagaimanapun, beliau menjelaskan keadaan masih agak selesa memandangkan permintaan untuk aset komoditi selamat tetap utuh selepas kebimbangan terhadap syarikat harta tanah China yang ingkar dapat memicu pengunduran ke kawasan selamat dalam pasaran kewangan.

"Sementara itu, semua mata akan tertumpu pada pasaran tenaga kerja Amerika Syarikat pada Jumaat ini, yang mana data mengenai upah bukan perladangan (NFP) akan dikeluarkan,” tambah beliau.

Iklan

Pada penutup, ringgit diniagakan bercampur-campur dengan sekumpulan mata wang utama.

Ia menokok berbanding yen Jepun kepada 3.7510/7540 daripada 3.7580/7616 yang dicatatkan semasa Jumaat sebelum ini dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0727/0751 berbanding 3.0756/0788.

Ringgit merosot berbanding pound British kepada 5.6674/6714 daripada 5.6373/6427 dan susut berbanding euro kepada 4.8440/8475 daripada 4.8361/8408. - Bernama