Seorang guru memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka dengan para pelajar yang hadir pada sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Kurshiah, hari ini.
Seramai 143,000 pelajar di sekolah seluruh negara, kecuali Kedah dan Johor, memulakan sesi persekolahan secara bersemuka setakat semalam dan hari ini, selepas enam bulan semua sekolah ditutup berikutan penularan COVID-19.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata daripada jumlah itu seramai 94,000 pelajar dari negeri Kumpulan B - Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Perlis, Sarawak dan Labuan - memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini. - Foto Bernama