SHAH ALAM - Sinar Harian menafikan mengeluarkan berita yang bertajuk 'Special Report: Vincent Tan’s Latest Investment Has Experts in Awe And Big Banks Terrified'.
Laporan mengenai pelaburan Tan Sri Vincent Tan tersebut didapati menggunakan nama Sinar Harian sebagai platform untuk menyebarkan berita berkenaan.
Iklan
Iklan
Pengeluaran laporan itu juga menyebabkan ramai pembaca keliru.
Malah, pautan URL pada laman terbabit juga berbeza dengan URL sebenar Sinar Harian.
Sebarang laporan rasmi dari Sinar Harian hanya boleh didapati di platform rasmi Sinar Harian iaitu https://www.sinarharian.com.my.
Selain itu, berita juga boleh didapati di media sosial seperti Facebook dan Twitter Sinar Harian.