Kenyataan media UMNO Sabah hilang kepercayaan terhadap KM palsu

Iklan
Kenyataan yang disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab adalah palsu. (Gambar kecil: Jaafar)

KOTA KINABALU - Pejabat Timbalan Ketua Menteri Sabah menafikan satu kenyataan mengenai UMNO Sabah hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri yang tular di media sosial termasuk di beberapa kumpulan WhatsApp.

Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Ketua Menteri, Jaafar Abd Wahid berkata, Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak membuat sebarang kenyataan media mengenai perkara tersebut.

Iklan
Iklan

Katanya, kenyataan Ketua UMNO Sabah itu tular sejak petang Isnin dan disunting oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil kira situasi politik yang berlaku di Melaka.

"Kenyataan itu palsu. Perbuatan menyunting kenyataan media ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik mereka.

Iklan
Iklan

"Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak mempercayai berita yang tular di media sosial itu," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.