Perbalahan politik tiada kesudahan

Iklan
Idris (dua dari kanan) mengetuai empat ADUN Melaka yang menarik diri daripada menyokong Sulaiman pada sidang media pagi Isnin.

PERSEPAKATAN yang dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara kerajaan dan pembangkang tidak menjanjikan keamanan politik di peringkat negeri.

Ia berlaku apabila desas-desus kemelut politik di Melaka terjawab apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili kerajaan negeri mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Iklan
Iklan

Empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

DUN Melaka mungkin terpaksa dibubarkan jika kemelut kerajaan negeri berterusan.

Dalam pada itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berkata, keputusan itu jelas menyatakan bahawa mereka tidak lagi bersama kerajaan negeri dan Sulaiman tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar majoriti untuk terus mentadbir kerajaan sedia ada.

Iklan

Menurutnya, selaras dengan peruntukan Perkara 7(4) perlembagaan negeri, Ketua Menteri hendaklah meletakkan jawatan sekiranya tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan adalah baik untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang berdepan dengan krisis politik ketika ini dibubarkan.

Iklan

Ujar Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, ia bagi membolehkan mandat diberikan kepada rakyat memilih kerajaan yang dirasakan layak untuk memimpin negeri itu.

Dalam perkembangan sama, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Dewan Rakyat segera membahaskan isu berkaitan pendedahan Pandora Papers.

Menurutnya, ia membabitkan beberapa nama besar dalam negara dan mempunyai kepentingan kepada orang ramai kerana terdapat tokoh politik dari pihak kerajaan dan pembangkang.

Sebelum ini, beratus pemimpin dunia, ahli politik, hartawan, selebriti, pemimpin agama dan pengedar dadah dilapor menyembunyikan wang dan pelaburan mereka dalam hartanah, kapal persiaran dan aset lain, sepanjang 25 tahun lepas.

Ia didedahkan menerusi 12 juta fail yang dimiliki 14 firma di serata dunia.

Menurut pendedahan tersebut, dua individu daripada Malaysia didakwa antara 336 ahli politik yang memiliki akaun luar pesisir dan terdapat 118 syarikat luar pesisir dengan pemilik berasal dari Malaysia.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz merujuk kepada peguam berhubung artikel di sebuah portal yang didakwa mengaitkannya sebagai pengarah syarikat luar pesisir, Capital Investment (Labuan) Limited.

Bagaimanapun katanya, selepas dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd pada Jun 2010, beliau melepaskan kesemua pelantikannya, eksekutif dan pengarah di dalam Kumpulan Kenanga.

Ahmad Zahid juga menyatakan kesediaannya untuk disiasat berhubung isu pemilikan akaun simpanan di British Virgin Island.

Jelas beliau, perkara yang dibangkitkan oleh pemilikan akaun adalah ketika beliau berada dalam sektor korporat.

Pada hari ini (selasa), Norhizam dan Pengerusi PN, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohidee akan mengadakan sidang media yang akan membawa perkembangan politik Melaka.

Pada masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan melancarkan Majlis Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2021 di Pekarangan Laman Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) diadakan pada bulan Oktober setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan pelbagai pihak dari segenap lapisan masyarakat terhadap bencana khususnya bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL).

Dengan tema"Keluarga Malaysia, Siaga Bencana”, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah merangka pelbagai program sebagai pengisian BKN 2021.