88 peratus populasi dewasa divaksinasi sepenuhnya

Iklan
Sebanyak 88 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 masing-masing setakat Isnin. - Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 20,603,249 individu atau 88 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 masing-masing setakat Isnin.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus vaksinasi dewasa kini hanya tinggal kira-kira 2.2 peratus.

Iklan
Iklan

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW, 94.4 peratus atau 22,098,764 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat Isnin juga, sebanyak 114,124 atau 3.6 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Iklan

Perincian itu juga memaklumkan sebanyak 221,812 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 126,433 dos pertama dan 95,379 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 44,573, 891 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Iklan

Sementara itu, dua kes kematian harian akibat Covid-19 dilaporkan pada Isnin dengan kedua-duanya membabitkan kematian di luar hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini 26,759. - Bernama