Suasana pekarangan Istana Melaka tenang

Iklan
Suasana di pekarangan Istana Melaka.

MELAKA - Suasana di pekarangan Istana Melaka pada Selasa tenang dan tidak menunjukkan sebarang pergerakan keluar masuk kenderaan wakil-wakil politik.

Situasi itu sekali gus menggambarkan tiada kunjung hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam termasuk wakil dari pihak Pakatan Harapan (PH).

Iklan
Iklan

Setiausaha Khas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Datuk Nur Azmi Ahmad ketika dihubungi berkata, Mohd Ali sedang menjalani proses kuarantin selama 14 hari bermula 30 September lalu selepas menjadi kontak rapat kepada individu positif Covid-19.

Menurutnya, tempoh kuarantin dijangka tamat pada Khamis ini dan mengesahkan pihaknya juga telah menerima surat permohonan kunjung hormat ke daripada Pengerusi PH, Adly Zahari bagi berbincang berhubung konflik politik di Melaka.

Iklan

"Beliau (Tun Mohd Ali) akan masuk pejabat pada Jumaat ini, mungkin beliau akan beri keputusan sama ada berjumpa atau tidak pada hari itu dan segala keputusan akan dibuat beliau," katanya.

Pada Isnin, media melaporkan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan menyatakan hilang kepercayaan terhadap pucuk kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Iklan

Keputusan itu, secara tidak langsung telah menyebabkan jentera pentadbiran kerajaan bawah Sulaiman tumbang apabila empat ADUN kerajaan mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan ADUN Lendu itu.

Empat ADUN itu termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).