Hina nabi: Segera tindakan undang-undang

Iklan
Ahmad Saidi (tengah) mengetuai lebih 50 ahli UMNO, Pas, Perkasa dan beberapa NGO Parlimen Bukit Gantang membuat laporan polis terhadap individu mencaci dan menghina agama Islam melalui laman sosial Facebook di Balai Polis Taiping, hari ini.

TAIPING - Lebih 10 laporan polis dibuat oleh Pas, UMNO, Perkasa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Taiping hari ini meminta polis mengambil tindakan terhadap mereka yang mencaci dan menghina agama Islam di negara ini melalui laman sosial Facebook.

ADUN Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud,35, berkata, tindakan itu perlu bagi mengelak berlakunya ketegangan antara kaum.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mereka yang menghina Nabi Muhammad SAW tidak boleh dibiarkan kerana mereka cuba mengganggu gugat agama Islam.

"Kita mempertahankan agama kita dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga jangan berdiam diri dan melakukan sesuatu untuk mempertahankan agama Islam yang dicerca dan dihina,” katanya di sini hari ini.

Iklan

Ahmad Saidi yang mengetuai lebih 50 peserta himpunan aman terbabit berkata, ekoran tindakan dua pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama `Alvin Chow’ dan Facebook Danny Antonio JR yang mengandungi fitnah dan menghina Nabi Muhammad SAW disebarkan melalui laman sosial facebook.

Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) Pas Bukit Gantang, Muhammad Faisal Abdul Rahman,39, berkata tindakan yang dibuat mereka ini boleh mencetuskan suasana tidak aman dan permusuhan antara kaum.

Iklan

Menurutnya, sebagai umat Islam kita menghormati semua kaum dan pihaknya bimbang tindakan mereka boleh mencetuskan permusuhan dan kebencian terhadap agama Islam.