Facebook kenal pasti punca operasi tergendala hampir 6 jam

Iklan
Foto fail AFP

KESILAPAN perubahan konfigurasi pada 'router' dikesan sebagai punca operasi platform media sosial kendalian syarikat tergendala hampir enam jam.

Facebook Inc dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, kesilapan itu telah menghalang sekitar 3.5 bilion pengguna platform Facebook, Instagram dan WhatsApp daripada mengakses media sosial dan perkhidmatan pesanannya.

Iklan
Iklan

"Pasukan kejuruteraan kami mendapati bahawa perubahan konfigurasi pada 'backbone router' yang menyelaraskan trafik rangkaian di antara pusat data kami menjadi punca masalah yang mengganggu komunikasi ini," kata Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Facebook, Instagram, WhatsApp kembali pulih selepas hampir 6 jam

Iklan

Kenyataan Facebook boleh diakses di catatan blognya yang boleh diakses di sini: https://engineering.fb.com/2021/10/04/networking-traffic/outage.

Pada Isnin, jutaan pengguna platform laman sosial Facebook termasuk WhatsApp, Messenger dan Instagram tidak dapat mengakses ke laman-laman tersebut sejak tengah malam Isnin.

Iklan

Laman sesawang pengesanan gangguan Downdetector.com menunjukkan lebih 126,490 pengguna berdepan masalah itu di Facebook sejak kira-kira jam 12 malam, dengan lebih 9,600 mengalami masalah akses ke Facebook Messenger.

Pada kira-kira jam 6.30 pagi Isnin, rata-rata pengguna memaklumkan mereka berjaya masuk ke tiga-tiga aplikasi tersebut, namun penggunaannya masih tersekat-sekat.

Susulan kejadian, pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg memohon maaf kepada jutaan pengguna susulan gangguan pada platform media sosial itu.

Akibat daripada insiden itu juga, kekayaan peribadi Zuckerberg merosot lebih AS$6 bilion dalam hanya beberapa jam.

Ini menyebabkan pengasas bersama Facebook itu terjatuh satu anak tangga dalam senarai individu terkaya dunia. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN: Kekayaan Zuckerberg merosot lebih AS$6 bilion