4,905 kes keganasan rumah tangga dilapor tahun ini

Iklan
Sebanyak 4,905 kes keganasan rumah tangga sejak Januari hingga Ogos tahun ini.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merekodkan sebanyak 4,905 kes keganasan rumah tangga sejak Januari hingga Ogos tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, majoriti kes yang dilaporkan adalah membabitkan wanita.

Iklan
Iklan

Selain itu menurutnya, statistik tahun lalu merekodkan sebanyak 5,260 kes untuk tempoh sepanjang tahun sekali gus angka dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini dilihat membimbangkan.

"Kebanyakan kes juga tidak dilaporkan, mungkin kerana kurangnya kesedaran undang-undang dan hak mereka bagi mendapatkan perlindungan.

Iklan

"Perkara ini sedang dalam tindakan, kita mengharapkan kes-kes seumpama ini sekiranya berlaku minta terus dilaporkan kepada pihak berkuasa," katanya dalam sidang akhbar di Parlimen pada Selasa.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang turut memaklumkan sebanyak 638 kes bunuh diri dilaporkan kepada polis sejak Januari hingga Julai tahun ini.

Iklan

Katanya, jumlah itu menunjukkan peningkatan drastik jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu hanya 262 kes.

"Kita mendapati punca kepada kejadian ini adalah ekoran tekanan mental," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selaras dengan usaha untuk membendung perbuatan membunuh diri, kementeriannya tampil dengan inisiatif mewujudkan

sukarelawan Skuad Waja di seluruh negara bermula 8 Mac lalu sempena sambutan Hari Wanita.

Jelasnya, setakat ini, seramai 4,994 sukarelawan telah dilatih meliputi seluruh negeri menerusi program tersebut.

"Dengan adanya Skuad Waja, lebih 600 kes dikenalpasti berkaitan dengan isu psikologi, kesihatan mental, work life balance, isu keganasan dan perundangan.

"Jadi, kami ingin menyeru agar lebih ramai mendaftar sebagai sukarelawan dan sasaran kita adalah sekurang-kurangnya 100,000 keahlian menjelang akhir tahun ini," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sukarelawan itu boleh menghubungi Pejabat Pembangunan Wanita negeri atau mendaftar di pautan https://www.rebrand.ly/pendaftaranskuadWAJA @ https://www.jpw.gov.my/.