Hishammuddin tak nafi ada aset pertahanan lewat

Iklan
Hishammuddin ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini.
 Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak menafikan terdapat aset pertahanan lewat dibekalkan oleh kontraktor yang dilantik.

Bagaimanapun katanya, kerajaan boleh menuntut ganti rugi bagi memastikan aset berkenaan diterima.

Iklan
Iklan

"Apa juga masalah yang dihadapi dapat diatasi sebaik mungkin,” katanya ketika penggulungan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) yang ingin mengetahui aset yang ditempah tidak sampai kepada Kementerian Pertahanan dan menyarankan satu audit dibuat bagi mengetahui kontraktor yang dilantik tidak dapat menyampaikan tempahan itu.

Iklan

Mengulas lanjut, Hishammuddin menambah, terdapat prosedur terhadap aset pertahanan yang lewat untuk disampaikan.

"Ada prosedur yang perlu dilakukan jika berlaku kelewatan tetapi pada masa sama tidak menjejaskan perancangan kita,” jelasnya.

Iklan

Hishammuddin berkata, beliau juga tidak teragak-agak untuk memastikan ketelusan dan keadilan kepada kelewatan aset-aset terbabit dapat direalisasikan.

Pada penggulungan sama, Hishammuddin turut memberitahu, projek sakit atau lama perlu diselesaikan.