Kerajaan teliti cadangan luluskan industri ganja untuk perubatan

Iklan
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini.- Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan meneliti semula status mengenai cadangan untuk meluluskan industri ganja jenis hem dan marijuana untuk tujuan perubatan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu juga pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pentadbiran kerajaan terdahulu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, melalui perbincangan tersebut, pandangan telah dikemukakan selain kementerian telah berhubung dengan beberapa pihak termasuk ahli akademik dan swasta untuk melihat potensi industri berkenaan.

"Memang benar kita bersama dalam pentadbiran yang lalu, perkara ini telah dibincangkan dan dibentang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

Iklan

"Namun, saya harus merujuk semula apakah status perkara ini kerana ia juga melibatkan beberapa pindaan akta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah dibentangkan dalam mesyuarat yang lalu," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab celahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Iklan

Syed Saddiq mencelah bertanyakan adakah MITI akan memperhalusi cadangan untuk meluluskan kegunaan ganja jenis hem dan marijuana perubatan untuk dieksport ke luar negara.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, penelitian secara kolektif perlu dilaksanakan sebelum membuat keputusan berhubung perkara tersebut.

"Kita harus melihat dari perspektif yang lebih besar tentang keperluan industri ini diperkembangkan dan ia mesti mengikut lunas-lunas peruntukan undang-undang yang sedia ada," katanya.