Veteran TUDM sasar RM1 juta kutipan tabung pahlawan

Iklan
Persatuan Veteran TUDM menyasarkan kutipan RM1 juta bagi Tabung Rayuan Hari Pahlawan.
IPOH - Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyasarkan kutipan RM1 juta bagi Tabung Rayuan Hari Pahlawan dalam tempoh tiga tahun ini.

Presidennya, Tan Sri Rodzali Daud berkata, bagi mencapai sasaran itu, tabung berkenaan akan digerakkan secara aktif di seluruh negara menerusi sumbangan pihak korporat, agensi kerajaan, organisasi dan individu.

"Ini sebahagian daripada komitmen kita agar bantuan selayaknya dapat diagih kepada bekas tentera dan keluarga mereka yang memerlukan bantuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Hi-Tea Amal Persatuan Veteran TUDM di Akademi Tentera Udara, di sini, semalam.

Acara julung kali diadakan itu menghimpunkan 250 warga veteran yang pernah berkhidmat dalam perkhidmatan Tentera Udara.

Sumbangan kepada waris anggota veteran yang cedera dan meninggal dunia.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Rodzali berkata, Persatuan Veteran TUDM kini merangka strategi pembangunan yang lebih strategik dalam aspek pengurusan dan pelaksanaan aktiviti tahunannya.

Katanya, antara fokus yang diberi penekanan adalah mewujudkan peluang-peluang menjana ekonomi kepada ahli melalui koperasi.

"Kita sedang berusaha keras meningkatkan sumber dana kebajikan melalui penubuhan koperasi untuk menjana ekonomi lebih mampan pada masa hadapan.

"Ini bagi membantu ahli-ahli kita yang kurang upaya, mereka yang berpencen di bawah paras miskin tegar dan keluarga yang tiada punca pendapatan," katanya.

Dalam majlis sama, turut disampaikan sumbangan kepada waris anggota veteran yang cedera dan meninggal dunia.