GUA MUSANG - Sebanyak 18 ekor lembu peliharaan penternak di sini dipercayai mati disambar petir dalam satu kejadian di Kesedar Paloh 2, awal pagi Selasa.
Mohd Shahrul Afizan Johari, 31, dan seorang rakan dipercayai pergi ke ladang sawit tersebut pada jam 6 petang Isnin untuk melihat keadaan lembu-lembu milikan bersama sebanyak 50 ekor tersebut dan semuanya berada di dalam keadaan baik.