SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan Alat Bantuan Belajar kepada pelajar asnaf dan miskin di bawah kelolaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada Selasa.
Menerusi kemaskini di Facebook Selangor Royal Office, majlis sumbangan tablet itu berlangsung di Istana Bukit Kayangan di sini dihadiri wakil 7,000 pelajar.