KOTA BHARU - Kelantan belum beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana masih merekodkan jangkitan Covid-19 harian melebihi 1,000 kes, kata Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin.
Beliau berkata, trend jangkitan Covid-19 pada empat angka itu juga berlaku susulan ketidakpatuhan penduduk negeri ini terhadap prosedur operasi standard (SOP) dalam membendung wabak berkenaan.