PKPD di Ladang Bera Selatan 5, 7 bermula Rabu

Iklan
PKPD akan dilaksanakan di lokaliti Ladang Bera Selatan 5 dan 7, Bera, Pahang bermula Rabu hingga 19 Oktober ini. Foto hiasan.

SHAH ALAM - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di lokaliti Ladang Bera Selatan 5 dan 7, Bera, Pahang bermula Rabu hingga 19 Oktober ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di lokaliti tersebut.

Iklan
Iklan

"Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan yang dikongsikan di Facebooknya pada Selasa.

Pada masa sama, beliau memaklumkan pelaksanaan PKPD di Perumahan Ladang FELDA Umas 6, Kalakaban Sabah dan Kampung Baru Cenderawasih, Pekan Pahang akan ditamatkan pada 6 Oktober ini mengikut jadual.

Iklan
Iklan