MUAR - Polis menahan tiga beradik perempuan yang mereka-reka cerita kononnya dikurung dan kemudiannya meminta wang tebusan daripada bapa mereka sendiri di Pagoh, dekat sini dan Iskandar Puteri pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, tiga beradik berumur 25 hingga 32 tahun itu ditahan pada jam 8.30 malam.