MELAKA - Keahlian dua ahli UMNO Melaka yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan tergugur secara automatik dari parti.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan perkara itu berkata, tindakan mereka termaktub di bawah Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.
Iklan
Iklan
Malah menurut beliau, surat perlucutan keahlian yang bertarikh 5 Oktober itu akan diserahkan kepada kedua-dua wakil rakyat berkenaan dalam tempoh terdekat.
Katanya, bagi Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO di mana seorang ahli UMNO yang cintakan parti, patuh perlembagaan tata etika ahli, dasar parti, menghormati keputusan parti kelihatan dah dilanggar.
"Fasal 20.11 seseorang ahli yang menang bertanding, tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon bebas DUN atau Dewan Rakyat akan gugur keahlian dengan sendirinya," katanya.
Pada Isnin, Idris yang merupakan ADUN Sungai Udang dan Nor Azman yang merupakan ADUN Pantai Kundor menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Melaka bersama dua lagi ADUN bebas dan Bersatu pada Isnin.