Bolehkah kita hidup tanpa telefon pintar, FB dan WhatsApp?

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123RF

BEBERAPA minggu lalu, Merak Jalanan menonton satu video temu bual media bersama beberapa atlet tenis wanita antarabangsa sempena satu kejohanan Grand Slam.

Dalam temu bual itu, beberapa atlet tersebut ditanya apakah perkara atau barangan yang tidak boleh ditinggalkan bila ke mana-mana.

Iklan
Iklan

Hampir kesemua lima atlet tenis tersebut berkongsi jawapan yang sama iaitu telefon bimbit!

Pada hari ini, jutaan manusia mungkin berkongsi jawapan yang hampir sama dengan atlet tenis itu kerana telefon pintar bukan lagi sekadar gajet untuk berhubung.

Iklan

Telefon pintar kini adalah satu medium mengetahui maklumat semasa, mendapatkan pelbagai jenis hiburan, beli-belah, bekerja dan menghubungkan kita dalam komuniti alam maya.

Malam semalam sebagai contoh satu dunia kecoh apabila beberapa aplikasi dan media sosial utama lumpuh serta gagal diakses.

Iklan

Tidak terkecuali ia turut menjejaskan pengguna di Malaysia. Ramai yang merungut walaupun kejadian dikatakan berlaku sekitar tengah malam.

Merak Jalanan sendiri menyedari mesej-mesej di WhatsApp di telefon gagal dihantar dan tidak ada yang masuk sekitar jam 12.30 tengah malam.

Rupanya gangguan tersebut turut melibatkan media sosial Facebook dan Instagram.

Kegagalan operasi aplikasi dan media sosial di bawah pemilikan Mark Zuckerberg selama beberapa jam itu menyebabkan ramai yang beralih kepada Twitter untuk meluahkan rasa kecewa.

Ia menyebabkan perkataan WhatsApp dan #Facebookdown menjadi trending. Setakat petang Selasa sahaja, perkataan WhatsApp telah diciap sebanyak 7.34 juta kali di Twitter.

Lantas Merak Jalanan pun terfikir, kalau sekadar beberapa jam sudah kecoh satu dunia, bolehkah kita hidup tanpa telefon bimbit, Facebook, WhatsApp dan internet?