PARIS - Seorang penunjuk perasaan mengganggu perjalanan pertunjukan jenama terkenal Louis Vuitton Musim Bunga/Musim Panas 2022 di Paris pada Selasa dengan membawa sepanduk di pentas peragaan.
Wanita berkenaan mewakili gerakan Amis de la Terre France dan mengutuk keras penggunaan berlebihan yang membawa impak negatif kepada alam sekitar.
Iklan
Iklan
Tindakan wanita tersebut menyebabkan keadaan menjadi kecoh seketika sebelum dia disingkir oleh pengawal keselamatan, lapor Reuters.
Susulan kejadian, pertunjukan fesyen itu diteruskan di koridor bangunan Loyvre di sebalik lagu dramatik yang dimainkan menggunakan organ.
Dalam satu kenyataan susulan kejadian, Amis de la Terre France berkata, ia sengaja menggunakan pentas LVMH bagi mengetengahkan isu penggunaan secara berlebihan.
"LVMH merupakan jenama terkemuka yang memaparkan kemewahan.
"Oleh itu syarikat itu mempunyai tanggungjawab bagi menghentikan trend dalam industri tekstil untuk sentiasa memperbaharui koleksi pakaian yang akan memaksa pengeluaran lebih pantas dan lebih banyak," kata kenyataan itu.- Awani