Lebih RM15 juta dibelanjakan untuk tujuh PRK

Iklan
Azhar Azizan - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sejumlah lebih RM15 juta dibelanjakan kerajaan bagi mengadakan tujuh Pilihan Raya Kecil (PRK) termasuk PRK DUN Rantau yang bakal diadakan pada 13 April depan.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, jumlah itu digunakan bagi menguruskan ketujuh-tujuh PRK yang berlangsung dalam masa kurang setahun selepas PRU14.

Iklan
Iklan

"Peruntukan yang telah dibelanjakan pada enam PRK lepas termasuk PRK Rantau adalah berjumlah RM15,348,733.

ARTIKEL BERKAITAN: PRK DUN Rantau 13 April depan

Iklan

"Dianggarkan PRK Rantau memerlukan peruntukan sebanyak RM1.8 juta," katanya dalam sidang media PRK Dun Rantau, hari ini.

Terbaharu, SPR akan mengadakan PRK DUN Rantau yang merupakan PRK ketujuh selepas DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia pada 8 September, Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober, Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari dan Dun Semenyih pada Sabtu lalu.

Iklan