Radzi Jidin jelaskan gambar tular dakwa langgar SOP

Iklan
Tangkap layar kenyataan yang mendakwa Mohd Radzi tidak mematuhi SOP ketika sidang akhbar.

PUTRAJAYA - Satu laporan polis dibuat berhubung sekeping gambar yang memaparkan Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana tiada penjarakan fizikal ketika mengadakan sidang akhbar.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Mohd Radzi menjelaskan, tiada sesiapa berada di sebelah beliau ketika sidang akhbar di Sekolah Menengah (SM) Sains Dungun pada 3 Oktober lalu selain Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli dan Exco Pendidikan Terengganu, Satiful Bahari Mamat.

Iklan
Iklan

"Setelah disemak, gambar tersebut sebenarnya adalah gambar palsu," katanya pada Rabu.

Mohd Radzi berkata, tindakan berniat jahat oleh pemilik akaun Facebook berkenaan amat tidak bertanggungjawab.

Iklan

"Pohon sahabat semua dapat kongsikan penjelasan ini," ujar Mohd Radzi.

Pada hantaran tersebut, Mohd Radzi turut memuat naik sekeping tangkap layar pengguna Facebook Yuseri Yusoff mempersoalkan sidang akhbar yang didakwa gagal mematuhi SOP.

Iklan