SHAH ALAM - MR D.I.Y menerusi kempen meganya, Kembali ke Sekolah menawarkan diskaun sehingga 50 peratus untuk 51 barangan keperluan kembali ke sekolah di semua 742 cawangannya di seluruh negara sepanjang Oktober.
Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y. Group, Andy Chin berkata, pemberian diskaun itu turut diberikan kepada pelanggannya yang membeli barangan secara dalam talian melalui laman laman web e-dagangnya di www.mrdiy.com.my.
Menurutnya, rangkaian produk Kembali ke Sekolah MR D.I.Y. terdiri daripada pelitup muka kanak-kanak yang dijual pada harga RM1.40 untuk 10 keping, bekas simpanan pelitup muka pada harga RM2.50, manakala pelindung muka dijual pada harga RM1.20.
"MR D.I.Y juga menawarkan harga berpatutan dan diskaun harga melibatkan keperluan lain untuk kembali ke sekolah termasuk pensanitasi tangan dalam botol 30 mililiter (ml) yang mudah dibawa dan boleh diisi semula pada harga RM2.50, set kutleri pada harga RM2.90 dan bekas makanan pada harga RM2 setiap satu.
"Kempen mega ini diadakan bertujuan untuk membantu ibu bapa dan murid-murid membeli barangan keperluan sekolah dan perlindungan diri pada harga yang rendah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Chin berkata, MR D.I.Y. telah memperluaskan rangkaian produk kembali ke sekolah dengan turut menawarkan barangan perlindungan diri untuk kanak-kanak.
"Dengan mengurangkan harga barangan keperluan ini, kami berharap dapat meringankan beban dan tekanan kepada ibu bapa dan murid-murid untuk kembali ke sekolah.
"Ia juga akan memudahkan pihak sekolah memastikan murid-murid mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila mereka mempunyai kelengkapan perlindungan diri yang sepatutnya,” katanya.