TRIPOLI - Dewan Perwakilan (Parlimen) Libya pada Selasa memutuskan untuk menangguhkan pilihan raya parlimen (legislatif) sehingga Januari 2022 dan bukan pada 24 Disember 2021, lapor Agensi Berita Xinhua.
"Pilihan raya itu akan diadakan 30 hari selepas pemilihan presiden dibuat," kata jurucakap Parlimen, Abdullah Blehig.