Lelaki warga asing bersama 4,223 karton rokok seludup ditahan

Iklan
Seorang lelaki ditahan bersama 4,223 karton rokok seludup yang dirampas dalam satu serbuan di Serdang pada Selasa. (Mohon blurkan gambar dan rokok)

SERDANG - Polis menahan seorang lelaki warga asing bersama 4,223 karton rokok seludup dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Putra Permai Seri Kembangan di sini pada Selasa.

Pegawai Pemerintah Batilion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Superintendan Rizal Mohamed berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan dalam serbuan pada jam 2.45 petang.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan di premis berkenaan serta sebuah kenderaan, kita menemui 4,223 karton rokok seludup.

"Rokok seludup yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM168,204 manakala cukai pula berjumlah RM552,740," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Rizal berkata, pihaknya turut merampas sebuah kenderaan dan telefon bimbit menjadikan keseluruhan rampasan berjumlah RM752,144.

"Suspek berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kastam 1967," katanya.

Iklan

Beliau berkata, dengan penahanan suspek terbabit, pihaknya berjaya menyekat satu aktiviti pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar Seri Kembangan.

"Kita meminta orang ramai supaya memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang,” katanya.