Terengganu diminta guna wang royalti ‘booster’ ekonomi rakyat

Iklan
Syaiful Irfan

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu disaran menggunakan wang royalti minyak sebagai ‘booster’ kepada golongan B40 dan usahawan negeri ini bagi menjana kembali ekonomi sara hidup rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Pengerusi NGO Gerakan Ekonomi Melayu Prihatin Rakyat Terengganu (Gempur), Syaiful Irfan Anang berkata, penggunaan hasil wang royalti bagi tujuan ‘booster’ kepada ekonomi rakyat adalah wajar untuk membantu menaikkan ekonomi tempatan dan kuasa beli rakyat.

Iklan
Iklan

"Perancangan pemulihan negara pasca endemik yang semakin menghampiri negara seharusnya menjadi perkara utama untuk difikir dan direncanakan.

"Langkah-langkah sesuai yang diambil perlu dimaklumkan kepada rakyat sebagai persiapan awal supaya kita semua bertindak dengan lebih bersedia,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Menurut Syaiful Irfan, pemberian tunai secara ‘one off’ dan geran bersesuaian termasuk pinjaman tanpa faedah juga dilihat sebagai usaha yang boleh dilaksanakan kerajaan untuk dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan projek infrastruktur sehingga satu tempoh yang sesuai sebaliknya memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan ekonomi rakyat.

Iklan

"Sudah lama usahawan menanggung kerugian akibat tidak dapat membuka perniagaan dan mereka perlu dibantu tanpa berlengah lagi,” katanya.

Jelas beliau, satu peruntukan khas juga perlu diwujudkan bagi menghidup dan merancakkan semula aktiviti pelancongan termasuk baik pulih kemudahan serta chalet sedia ada untuk menarik kehadiran pelancong sebelum bermula musim tengkujuh.

"Kerajaan negeri Terengganu merupakan salah satu kerajaan yang kaya dengan pelbagai hasil bumi dan produk pelancongan terkenal.

"Menggunakan hasil wang royalti bagi tujuan ‘booster’ kepada ekonomi rakyat sudah pasti adalah satu tindakan yang wajar. Rakyat Terengganu berhak untuk merasai sedikit hasil nikmat lahir sebagai rakyat negeri bertuah ini,” katanya.