'Bukan sekat kebebasan beragama’

Iklan
Idris Ahmad

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan beragama dalam kalangan orang-orang bukan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad menegaskan, RUU ini sebenarnya merupakan sekatan pengembangan doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang Islam sahaja.

Iklan
Iklan

"Orang-orang bukan Islam bebas untuk menyebarkan agama dalam kalangan mereka tetapi tidak dari kalangan orang-orang Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang bertanyakan mengapa negara memerlukan RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di Dewan Rakyat pada Rabu.

Iklan

Dalam pada itu, Idris turut menjawab pertanyaan Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) yang bertanyakan berkenaan persepsi pihak luar tentang RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 atau RUU 355 dan RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang mendakwa kedua-dua RUU ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Taliban.

"Kedua-dua rang undang-undang ini tidak melibatkan hal berkenaan orang bukan Islam, ia hanyalah melibatkan untuk orang Islam sahaja,” jawabnya ringkas.

Iklan