PH bersedia terima keputusan jika berlaku pertembungan tiga penjuru

Iklan
Adly Zahari (duduk dari tengah) pada sidang akhbar di Melaka pada Rabu.

MELAKA - [DIKEMASKINI] Pakatan Harapan (PH) Melaka menerima demokrasi sebaiknya sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, dalam politik pertembungan itu tidak dapat dielakkan sama ada melibatkan beberapa penjuru.

Iklan
Iklan

"Dalam negara berdepan pandemik ini ia akan memberi persepsi negatif terhadap mandat yang akan diberikan rakyat.

"Jadi bagi saya kita harus terima demokrasi sebaiknya, tetapi yang paling penting kita perlu memberikan fokus kepada kesihatan, ekonomi dan keselamatan rakyat," katanya dalam sidang akhbar di Melaka pada Rabu.

Iklan

Menurutnya, apa jua keadaan, rakyat mesti dalam keadaan selesa dan selamat untuk mereka membuat keputusan.

Pada Selasa, Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Iklan

Pembubaran tersebut diumumkan Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu sidang akhbar khas di Seri Negeri susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili kerajaan negeri yang mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

ARTIKEL BERKAITAN: DUN Melaka bubar

ARTIKEL BERKAITAN: Bubar DUN: UMNO Melaka adakan mesyuarat tergempar