KK Supermart rai lapan pelanggan bertuah

Iklan
Seorang pelanggan KK Supermart yang memenangi kasut but bola sepak ditandatangani pemain bola sepak terbaik dunia dalam peraduan Football Fiesta Beli dan Menang.

RANGKAIAN kedai serbaneka 24 jam, KK Supermart dan Superstore Sdn Bhd (KK Supermart) meraikan lapan pelanggan bertuah yang memenangi peraduan Football Fiesta Beli dan Menang yang dianjurkannya sempena EUFA EURO 2020.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, mereka yang terpilih diberikan jersi dan kasut but bola sepak eksklusif yang ditandatangani oleh pemain terbaik dunia seperti Christiano Ronaldo, Bruno Fernandes, Alexander-Arnold dan Marco Verratti yang bernilai hampir RM24,000.

Iklan
Iklan

Menurutnya, meskipun dalam situasi pandemik yang tidak menentu, KK Supermart ingin bersama-sama dengan pelanggan menyemarakkan lagi semangat EURO 2020 melalui peraduan tersebut.

"Walaupun berdepan dengan cabaran berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik Covid-19, ini bukan halangan untuk kami terus menghangatkan kejohanan bola sepak Eropah ini bersama jutaan peminat bola sepak bagi menyokong pasukan kegemaran mereka,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan
Pelanggan yang memenangi jersi bola sepak ditandatangani Bruno Fernandes.

Beliau berkata, peraduan itu diadakan bermula 1 Jun 2021 sehingga 11 Julai 2021.

"Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan KK Supermart melalui pembelian minimum RM20 dalam satu resit di mana-mana outlet KK Supermart atau KK Concept Store di seluruh Malaysia.

Iklan

"Pelanggan hanya perlu menghantar maklumat diri dan jawapan kepada soalan yang telah diberikan bersama resit sebagai bukti pembelian melalui aplikasi WhatsApp bagi menyertai peraduan ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Chai berkata, KK Supermart merancang untuk mengembangkan rangkaiannya dengan membuka sepuluh outlet setiap sebulan.

"Kami juga akan menambahbaik strategi perniagaan melalui konsep yang lebih segar, produk dijual dengan harga yang berpatutan serta membuka cawangan di lokasi yang mudah diakses bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya.