Lima penjawat awam antara tujuh geng samun berkawan ditahan

Iklan
Lima penjawat awam antara tujuh geng samun berkawan ditahan

KUALA LUMPUR - Seramai lima anggota sebuah agensi penguatkuasaan kerajaan antara tujuh suspek geng samun berkawan yang ditahan dalam beberapa siri tangkapan yang dijalankan di sekitar Lembah Klang pada Isnin dan Selasa.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, tangkapan dibuat hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah (D9) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam serbuan pada 4 Oktober, polis menahan dua lelaki masing-masing di Pekan Salak Selatan dan Pandan Indah.

"Susulan tangkapan itu, pasukan D9 IPD Cheras menahan tiga lelaki dan dua wanita di empat lokasi berasingan di Salak Selatan, Pudu, Ampang dan kajang pada jam 8.30 pagi, 5 Oktober.

Iklan

"Hasil semakan mendapati tiga daripada suspek yang berusia antara 19 hingga 30 tahun itu mempunyai beberapa rekod lampau membabitkan kesalahan samun dan dadah.

"Kesemua suspek ditahan di lokap Balai Polis Bukit Jalil dan Balai Polis Salak Selatan Baru," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Muhammad Idzam berkata, dalam serbuan itu polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda dan LC135, sebuah Proton Iswara, telefon bimbit jenama Samsung,Oppo dan Apple serta wang tunai berjumlah RM3,000.

Katanya, dua suspek dalam tangkapan awal direman selama tujuh hari bermula Selasa, manakala selebihnya direman enam hari bermula Rabu.

"Suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah sehingga 11 Oktober untuk melengkapkan siasatan," katanya.