Hanya 19 kes baharu di Sarawak libatkan jangkitan paru-paru

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123rf

KUCHING - Hanya 19 daripada 1,503 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Rabu melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN Sarawak dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan baki 1,484 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini kepada 219,629.

Iklan
Iklan

"Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi adalah Kuching dengan 427 kes, diikuti Miri (203), Bau (159), Sibu (154) dan Samarahan (70),” menurut JPBN.

Selain itu, 21 kematian akibat Covid-19 direkodkan di Sarawak dari 28 September hingga 5 Oktober, selain satu kematian pada 12 Jun yang dilaporkan pada Rabu.

Iklan

Jumlah kluster yang aktif di Sarawak pula kini sebanyak 93. - Bernama

Iklan