Rasional pembukaan sempadan negara

Iklan
Sempadan negara akan dibuka apabila 90 peratus populasi dewasa rakyat negara ini telah divaksin sepenuhnya

PADA Selasa lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah mengumumkan bahawa sempadan negara akan dibuka apabila 90 peratus populasi dewasa rakyat negara ini telah divaksin sepenuhnya. Perkara ini dimaklumkan melalui ciapan di Twitternya.

Dengan cepat berita tersebut mendapat perhatian ramai dan menjadi trending. Ramai antara rakyat negara ini yang masih berduit, selalu melancong ke luar negara berasa sangat teruja dengan berita tersebut.

Iklan
Iklan

Masing-masing nampaknya tidak sabar untuk terbang jauh. Apatah lagi apabila Khairy turut memberitahu bahawa rakyat Malaysia tidak perlu lagi untuk memohon MyTravel Pass (MTP) bagi tujuan pelancongan seperti sebelum ini. Ini menjadikan urusan untuk ke luar negara lebih mudah.

Namun berita tersebut sebenarnya bukanlah berita gembira bagi industri pelancongan negara.

Iklan

Menurut laporan tempatan, Pulau Langkawi yang telah dibuka sebagai projek rintis gelembung pelancongan berjaya menjana pendapatan lebih RM15 juta dengan ketibaan seramai 38,748 pelancong dari dalam negeri sahaja sejak dibuka pada 16 September lalu.

Ini merupakan satu petanda yang sangat baik untuk industri pelancongan terutama apabila lebih banyak pusat-pusat tumpuan dibuka kelak.

Iklan

Dengan kehadiran pelancong biarpun dalam kalangan rakyat tempatan sendiri, sekurang-kurangnya dapat membantu industri pelancongan negara yang hampir lumpuh.

Justeru, apabila sempadan negara dibuka kelak, terdapat kebimbangan jika kehadiran bilangan pelancong domestik akan terjejas.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Pelancongan Malaysia (MTC), Datuk Azlie Halim,"Kita tidak boleh menghalang orang untuk melancong kerana itu merupakan pilihan masing-masing, namun kita boleh yakinkan mereka bahawa negara kita juga banyak tempat menarik lain yang boleh dilawati dan belum diterokai sepenuhnya.”

Setuju dengan kenyataan tersebut. Dari sudut pandang lain pula, kita akan menerima pelancong dari luar negara yang tentunya rindu untuk datang bercuti ke negara kita. Dengan itu, industri pelancongan negara akan lebih meriah dengan pelancong tempatan dan luar negara.