Ab Rauf akui ada bertemu pimpinan DAP

Iklan
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika program Sinar Live bertajuk ‘ Ulau Melingkau Atas Pagau’ yang bersiaran secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

SHAH ALAM - Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengakui beliau mengadakan rundingan dengan DAP malam sebelum empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata, pertemuan itu bertujuan menyelamatkan negeri berkenaan di samping menawarkan beberapa solusi namun ia ditolak oleh parti tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya bercakap terus terang saya berunding malam sebelum itu dengan kepimpinan DAP.

Saya telah menawarkan beberapa solusi untuk kita membendung supaya ini tidak berlaku.

Iklan

"Tetapi lebih malang saya melihat ia tidak diterima waktu malam perundingan saya dengan pimpinan utama DAP di Melaka,” katanya dalam program Sinar Live bertajuk ‘ Ulau Melingkau Atas Pagau’ yang bersiaran secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Ab Rauf yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka turut menjelaskan pertemuan itu bukan mewakili kerajaan negeri sebaliknya mewakili parti.

Iklan

Menurutnya, beliau bertemu dengan pucuk pimpinan utama DAP atas dasar mewakili Barisan Nasional (BN) negeri dengan diatur oleh seorang pemimpin UMNO yang namanya tidak didedahkan.

"Saya menawarkan sepertimana saya putuskan dalam Sidang Dewan yang lepas yang mana Ketua Menteri menawarkan kumpulan parti pembangkang ini menjadi rakan strategik untuk membina semula Melaka dan tawaran itu telah dibuat secara rasmi baru-baru ini,” katanya.

Bagaimanapun, Ab Rauf berkata, perundingan bersama DAP itu tidak membuahkan hasil yang diharapkan.

"Saya juga mengatakan kepada beliau (pimpinan DAP) harapan terbaik dan tidak menjejaskan kestabilan politik negeri dan Pilihan Raya Umum (PRU) pasti akan berlaku tidak lama lagi,” ujar Rauf.

Dalam perkembangan sama, Rauf turut memberitahu beliau mengetahui gerakan yang diatur empat ADUN terbabit malah mendakwa melihat kandungan Akuan Bersumpah (SD) antaranya meminta bekas Ketua Menteri kembali dilantik jawatan tersebut.

"Itu sebab saya panggil ini satu sandiwara.

Saya tahu bila mesyuarat dijalankan.

Saya juga tahu pergerakan yang telah dibuat malah melihat SD yang ditulis.

"Jadi, dalam perbincangan tersebut, saya menyatakan bahawa kita jangan rosakkan kerajaan negeri ini kerana kita berada dalam suasana pandemik yang baru masuk fasa tiga pelan pemulihan. Bahkan rakyat baru nak menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:15 bekas ADUN Melaka cadang menghadap Agong

ARTIKEL BERKAITAN:Pas sedia hadapi PRN Melaka

ARTIKEL BERKAITAN:Individu di sebalik jatuhnya dua kerajaan Melaka