20 maut gempa bumi di selatan Pakistan

Iklan
Gegaran gempa bumi sekuat 5.7 pada skala Richter dapat diarasakan di bandar Quetta pada awal Khamis. - Foto AFP

KARACHI - Kira-kira 20 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera parah apabila satu gempa bumi yang berlaku di selatan Pakistan awal pagi Khamis, kata beberapa pegawai kerajaan.

Ramai mangsa di bawah runtuhan bumbung dan dinding selepas gempa bumi sekuat 5.7 pada skala Richter berlaku.

Iklan
Iklan

Sejumlah pekerja kesihatan membantu mangsa dengan menggunakan lampu suluh selepas bekalan elektrik terputus akibat kejadian itu.

"Seorang wanita dan enam kanak-kanak antara yang terbunuh," kata seorang pegawai wilayah, Suhail Anwar Hashmi kepada AFP.

Iklan

Menteri Dalam Negeri, Mir Zia ullah Langau berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa 20 orang terbunuh berikutan gempa bumi tersebut.

Bagaimanapun, Ketua Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Balochistan, Naseer Nasar memberitahu AFP angka kematian kemungkinan akan meningkat.

Iklan

Agensi Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan gempa bumi itu sekuat 5.7 pada skala Richter dan berada pada kedalaman kira-kira 20 kilometer.

Gegaran gempa bumi itu turut dirasakan di bandar Quetta. - Agensi