PH Melaka tidak cadang ke Istana Negara

Iklan
Tangkap layar Facebook Adly Zahari.

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) Melaka memaklumkan sehingga kini mereka belum ada perancangan untuk ke Istana Negara.

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, kedatangan beliau ke Kuala Lumpur bertujuan berbincang dan memberi tumpuan kepada isu Pembubaran Dewan Undangan (DUN) Melaka ke mahkamah untuk mempertikaikan proses serta fakta pembubaran termasuk menghormati Perkara 19(2) Perlembagaan negeri.

Iklan
Iklan

"Memang saya di Kuala Lumpur tapi setakat ini tiada perancangan ke Istana Negara.

"Saya berada di sini untuk memberi fokus kepada perkara keabsahan Pembubaran DUN untuk diadili ke mahkamah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:15 bekas ADUN Melaka cadang menghadap Agong

Sinar Harian pada Rabu melaporkan seramai 15 bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka bercadang ke Istana Negara bagi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dalam masa terdekat.

Iklan

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, bekas wakil rakyat terdiri daripada ADUN Bebas dan Pakatan Harapan (PH) itu sebulat surat membuat keputusan menghantar memorandum pembubaran DUN bertujuan menyelesaikan krisis politik negeri yang belum menemui titik noktah.

ARTIKEL BERKAITAN:Pas sedia hadapi PRN Melaka

ARTIKEL BERKAITAN:Individu di sebalik jatuhnya dua kerajaan Melaka

ARTIKEL BERKAITAN:Ab Rauf akui ada bertemu pimpinan DAP