Wanita dikurung lima hari

Iklan
Yahya Abd Rahman

TELUK INTAN - Seorang wanita menempuh detik hitam apabila dikurung selama lima hari dalam sebuah rumah di Jalan Laksamana Teluk Intan, sejak Khamis lalu.

Sepanjang tempoh berkenaan, mangsa berusia 25 tahun itu bukan sahaja diugut bunuh dan dipukul, malah dinoda kepada suspek berusia lewat 20-an.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, wanita yang bekerja di gerai makan itu mula dikurung di rumah berkenaan pada 28 Februari sebelum berjaya melarikan diri pada 4 Mac lalu selepas ditinggalkan seorang diri di sebuah rumah di Jalan Kebun Limau.

"Mangsa yang berjaya melarikan diri meminta pertolongan orang ramai dan dibawa ke rumah majikan tempatnya bekerja, majikan berkenaan terus membawa mangsa ke Balai Polis Teluk Intan untuk membuat laporan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Iklan

Menurutnya, sepanjang bersama suspek, mangsa telah ditampar beberapa kali, dipukul menggunakan kayu di bahagian lengan kiri dan diketuk menggunakan pemutar skru di kepala.

"Suspek ada mengugut untuk membunuh dan mencederakan wajah mangsa menggunakan pisau menyebabkannya tidak berani untuk melarikan diri meskipun ketika ketiadaan suspek,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan laporan dibuat, suspek dikenali sebagai Nan dan beralamat di Kampung Bahagia, Teluk Intan itu berjaya ditahan polis, semalam.

Iklan

"Siasatan kes akan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Yahya berkata, mangsa yang merupakan anak sulung daripada lapan beradik baru sebulan bekerja dengan bayaran RM25 sehari dan tinggal bersama majikannya di Taman Melor, kebiasaannya dia pergi ke tempat kerja menaiki van atau menaiki motosikal.

Bagaimanapun katanya, pada hari kejadian sekitar jam 8 malam, mangsa menunggang motosikal bersendirian sebelum ditahan suspek berhampiran Jalan kebun Limau Kampung Bahagia.

"Mangsa kini dalam keadaan stabil dan telah menerima rawatan di Hospital Teluk Intan, dia yang mengalami kesan lebam di bahagian lengan kiri telah dibenarkan pulang ke rumah,” katanya.