Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 5, Fadillah Eddy Abdul Khalid (dua, kiri) menyerahkan sumbangan simkad kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau Siti Aminah Zakariah pada majlis penyerahan hari ini.
Seramai 20 murid sekolah itu menerima sumbangan simkad dan data internet daripada OneCALL dengan kerjasama Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL).
Pemberian bantuan data internet itu adalah untuk kemudahan capaian internet yang baik kepada murid yang memerlukan sepanjang PdPR berlangsung di kediaman masing-masing untuk persediaan menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).Turut hadir Naib Pengerusi 1 KEBAL Fitri Kamil (kiri). - Foto Bernama