KUANTAN - Lelaki yang dipercayai membunuh ibu dan bapanya di Kampung Kemahang Hulu, Benta dekat sini pada Isnin lepas akan dihantar menjalani pemeriksaan psikiatri di hospital.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Yusri Othman berkata, suspek berumur 31 tahun itu masih direman dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.