Baucar Pelancongan bantu lonjak pelancongan domestik Pahang

Iklan
Mohd Sharkar (kiri) mengiringi Wan Rosdy (dua dari kiri) ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Baucar Pelancongan Negeri Pahang di Majlis Perbandaran Bentong, pada Khamis.

KUANTAN - Tourism Pahang memperkenalkan Baucar Pelancongan Negeri Pahang sebagai inisiatif dalam melonjakkan kembali industri pelancongan domestik di negeri ini.

Baucar pelancongan melalui aplikasi Pahang Go itu berupa diskaun yang boleh didapati di lebih 100 hotel bajet terpilih.

Iklan
Iklan

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, inisiatif kerjasama antara Tourism Pahang dan Pahang Go itu bertujuan merancakkan lagi industri pelancongan di Pahang yang terjejas hampir dua tahun ekoran pandemik Covid-19.

Menurutnya, selain membantu mempromosikan destinasi pelancongan negeri, inisiatif itu juga memberi satu daya penarik kepada hotel-hotel bajet yang terlibat.

Iklan

"Ia juga dapat membantu meningkatkan lagi penggunaan aplikasi Pahang Go yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan warga Pahang dengan lebih 50,000 pengguna telah memuat turun aplikasi itu sebelum ini," katanya melalui satu kenyataan pada Khamis.

Pelancaran Baucar Pelancongan menggunakan aplikasi Pahang Go itu disempurnakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Majlis Perbandaran Bentong.

Iklan

Turut hadir Exco Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Dalam pada itu, Mohd Sharkar berkata, melalui pemberian Baucar Pelancongan itu akan menarik minat pengunjung ke hotel-hotel terlibat dan secara tidak langsung merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri ini walaupun masih dalam suasana pandemik Covid-19.

"Sebanyak 2,000 Baucar Pelancongan bernilai RM20 dan RM30 disediakan dengan nilai keseluruhan RM50,000.

"Sekiranya sambutan memberangsangkan daripada pengguna aplikasi Pahang Go, pihak Tourism Pahang akan menambah nlai dan kuantiti Baucar Pelancongan ini pada masa akan datang," jelasnya.