KPWKM lulus RM6.645 juta Geran Penubuhan Taska di Tempat Kerja

Iklan
Sebanyak RM6.645 juta telah diluluskan kepada 69 agensi kerajaan yang memohon Geran Penubuhan Taska di Tempat Kerja sepanjang tahun ini.

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM6.645 juta telah diluluskan kepada 69 agensi kerajaan yang memohon Geran Penubuhan Taska di Tempat Kerja sepanjang tahun ini.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, ia melibatkan 27 taska baharu dengan nilai RM4.015 juta dan 42 taska sedia ada yang diluluskan geran untuk penyelenggaraan dengan jumlah RM2.603 juta.

Iklan
Iklan

"Bagi menambah bilangan permohonan geran ini, kementerian telah membuka permohonan kepada semua kementerian lain dan kerajaan negeri sejak 22 Disember 2020 hingga 21 April 2021,” menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan statistik, bilangan taska berdaftar terkini adalah sebanyak 5,406 buah. - Bernama

Iklan
Iklan