KKM sediakan SOP PRN Melaka: Khairy Jamaluddin

Iklan
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ketika Sidang Media Khas di Auditorium Hospital Kuala Lumpur hari ini. -Foto Bernama

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dilaksanakan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, KKM mengambil maklum sebarang keputusan yang diberikan daripada mesyuarat jemaah menteri.

Iklan
Iklan

"Untuk PRN Melaka, KKM membentangkan pendirian semalam kepada Jawatankuasa Pengurusan Pandemik Covid-19 dan akan bincang sekali lagi dalam mesyuarat jemaah menteri esok.

"Ini bukan hanya soal kesihatan, tetapi perundangan dan perlembagaan, kena ambil maklum apa sahaja keputusan daripada jemaah menteri.

Iklan

"KKM akan sediakan SOP diperlukan sekiranya PRN diteruskan. Kalau ia tidak berterusan, maka ada masa lagi untuk kita tunggu,” katanya dalam sidang media di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengulas mengenai kadar vaksinasi remaja di setiap negeri, Khairy Jamaluddin berkata, KKM akan meningkatkan jangkauan di Sabah memandangkan peratusan di negeri tersebut masih rendah.

Iklan

"Semua negeri diunjurkan sampai 80 peratus pada bulan Oktober dan hanya satu negeri yang ada sedikit masalah untuk sampai 80 peratus iaitu Sabah.

"Saya telah berhubung dengan Pengarah Kesihatan Negeri untuk pertingkatkan program jangkauan sebab didapati individu yang datang ke pusat pemberian vaksin di Sabah tidak ramai,” katanya.