P. Gunalan memilih bunga malai di sebuah kedai bunga di Jalan Kapitan Kling sempena sambutan perayaan Navarathiri di sini hari ini.
Dua perayaan utama bagi kaum Cina dan Hindu iaitu perayaan Nine Emperor Gods dan Navarathiri di negara ini disambut bulan ini.
Iklan
Iklan
Masyarakat Cina memulakan perayaan Nine Emperor Gods yang bermula semalam manakala penganut Hindu menyambut perayaan Navarathiri bermula hari ini.
Perayaan Nine Emperor Gods diraikan selama sembilan hari bermula semalam di mana masyarakat Cina akan makan sajian sayur-sayuran sepanjang perayaan tersebut.
Begitu juga dengan penganut Hindu yang menyambut Navarathiri selama 10 hari bermula hari ini. Mereka juga mengamalkan makanan sayur-sayuran sepanjang perayaan tersebut.
Mengikut kepercayaan penganut Hindu, perayaan Navarathiri disambut untuk tiga dewi yang dikenali sebagai Durga, Lakshmi dan Sarasvati manakala Nine Emperor Gods diraikan berikutan kelahiran sembilan dewa mengikut kepercayaan penganut Taoisme. - Foto Bernama
Artikel Berkaitan