Sembunyi di jeriji balkoni tingkat tujuh

Iklan
Warga asing yang ditahan kerana tinggal di negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan.

SEBERANG JAYA - Sanggup gadai nyawa dengan bersembunyi di jeriji balkoni tingkat tujuh sebuah pangsapuri semata-mata mahu mengelak diperiksa penguatkuasa.

Namun usaha seorang lelaki warga Myanmar itu gagal apabila dia berjaya ditemui oleh anggota Jabatan Imigresen Pulau Pinang yang melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan malam semalam.

Iklan
Iklan

Dalam Op Bersepadu yang dilakukan bermula jam 8 malam itu, memeriksa 16 buah rumah yang menjadi disewa oleh warga asing di sekitar kawasan Jelutong,Sungai Nibong, Bukit Jambul, Paya Terubong dan Relau.

Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Izham Idris berkata, operasi berkenaan dibuat hasil daripada maklumat orang awam mengenai lambakan warga asing yang menghuni di kawasan perumahan berkenaan.

Iklan

Menurutnya, pihaknya menerima aduan daripada penduduk yang rimas dengan kehadiran mereka yang dikatakan menyebabkan kawasan perumahan berkenaan menjadi bising, kotor serta tidak selamat.

Antara warga asing yang ditahan oleh Jabatan Imigresen Pulau Pinang.

"Bertindak atas maklumat yang diterima, seramai 16 anggota kita telah membuat pemeriksaan di dari rumah ke rumah bagi memburu warga asing yang dipercayai telah melakukan pelanggaran undang-undang di negara ini.

Iklan

"Hasilnya,daripada 49 warga asing yang diperiksa 18 daripadanya didapati melakukan kesalahan seperti tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah selain ada yang tinggal melebihi masa yang dibenarkan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Izham berkata, selain bersembunyi di jeriji balkoni, ada warga asing yang bersembunyi di belakang pintu malah ada yang cuba lari meloloskan diri namun usaha mereka itu ternyata sia-sia apabila berjaya ditahan oleh pasukan serbuan.

Seorang wanita warga Indonesia cuba menyorok di belakang pintu bagi mengelak diperiksa.

Katanya,18 warga asing yang ditahan itu terdiri daripada dua lelaki warga Myanmar, lima perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia dan 10 lelaki Bangladesh.

Kesemua mereka yang berusia 5 hingga 45 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Jabatan Imigrsen Seberang Jaya untuk proses dokumentasi sebelum dihantar ke depoh tahanan warga asing di Juru.