Inovasi jamu jeli dapat perhatian wanita

Iklan
Usahawan, Adybah Zafirah Rosdy (tengah) menunjukkan kotak jamu Jelly Lovva

Produk direka bagi wanita moden yang sukar menerima jamu tradisional

AMALAN mengambil jamu merupakan amalan nenek moyang zaman berzaman untuk kesihatan dalaman dan luaran khususnya golongan wanita.

Bagaimanapun, seiring peredaran masa ramai wanita moden dikhuatiri sukar menerima dan menelan jamu tradisional walaupun menyedari khasiatnya.

Iklan
Iklan

Menyedari perkara itu, usahawan, Adybah Zafirah Rosdy, 33, mendapat idea membantu wanita untuk menikmati kebaikan jamu melalui cara lebih mudah melalui inovasi jamu Jelly Lovva.

"Selain sudah lama berkecimpung dalam pasaran jamu iaitu selama enam tahun, saya buat pemerhatian ramai juga wanita moden yang sukar menerima dan menelan jamu tradisional.

Iklan

"Jadi dari situ, saya terfikir untuk memodenkan jamu dalam bentuk jeli, yang mana memiliki bentuk dan rasanya sama sekali tidak seperti jamu tradisional,” kongsi ibu anak tiga itu.

Jelasnya, jamu dibuat khas untuk golongan wanita berkenaan bukan hanya memiliki rasa sedap dengan tekstur kenyal dan seakan-akan buah-buahan, malah ia mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Jamu Jelly Lovva direka khas untuk golongan wanita.

Iklan

Tambah Adybah, jamu berkenaan yang berharga RM39.90 sekotak dicipta dengan campuran mas cotek, akar serapat, manjakani, halba, Vitamin C, buah camu camu, bawang putih, lada hitam dan lain-lain.

Katanya, jamu itu dihadirkan khas bagi membantu wanita untuk kesihatan dalaman dan luaran mereka termasuklah dari segi keputihan, haid tidak teratur, menegangkan aset aset dalaman, membantu merawat bahagian keintiman, jerawat dan kulit kering.

Menurut suri hati Zulhafriz Aizat Zainol, jamu Jelly Lovva mendapat maklum balas sangat positif ketika awal dipasarkan dan jualan pertamanya mendapat sambutan amat baik apabila terjual 10,000 unit walaupun baharu dihasilkan pada tahun ini sahaja.

Adybah berkata, beliau yakin jamu Jelly Lovva yang telah dipasarkan di seluruh Malaysia mampu membuatkan ramai wanita gembira untuk amalkan jamu, sekali gus memperoleh khasiatnya.

Jamu Jelly Lova yang memiliki bentuk dan rasa enak.

"Selain jamu Jelly Lovva, syarikat kami iaitu Zaaz Mewangi Enterprise turut menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan lain termasuklah jus asem kunyit, kopi coklat dan sabun berherba buang angin.

"Ketika pandemik Covid-19 melanda negara, kami masih boleh berkembang disebabkan menggunakan platform bisnes dalam talian untuk memasarkan produk dan ia boleh dipasarkan seperti biasa disebabkan orang awam boleh membeli melalui platform berkenaan,” katanya.

Menurut Adybah yang dibantu empat kakitangan memberitahu, beliau memiliki perancangan masa depan untuk meluaskan pasaran produknya ke Indonesia, Singapura dan Brunei.

"Bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan digalakkan terus mencuba tanpa menangguh niat tersebut kerana selagi kita tak mula,kita tidak akan tahu sampai mana kemampuan kita,” katanya.

Jamu Jelly Lovva

Beliau turut menasihatkan kepada individu berminat untuk sentiasa menerima dan berlapang dada setiap kali menerima teguran, selain berusaha membaiki setiap kesilapan.