Anggota tentera disyaki cabul kehormatan wanita ditahan

Iklan

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita di sebuah premis vape di Taman Keramat di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata individu berusia 26 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Setiawangsa di sini pada 12.30 tengah malam tadi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati suspek bertugas di Cawangan Tentera Darat, Kem Batu Kentonmen di sini dan telah berkhidmat dengan ATM selama tujuh tahun.

"Ujian saringan turut dibuat dan mendapati suspek negatif dadah manakala uniform suspek dipercayai dipakai semasa kejadian turut dirampas," katanya ketika dihubungi hari ini.

Iklan
Iklan

Mohamad Farouk berkata siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihaknya ke atas suspek yang direman selama empat hari bermula hari ini hingga Ahad bagi membantu siasatan. - Bernama