BAITULMAQDIS - Keputusan sebuah mahkamah di negara haram Israel yang menyokong penduduk Yahudi bersembahyang secara senyap di pekarangan Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk Palestin pada Khamis.
Ia juga mendapat bantahan dari Jordan yang menjaga tempat ketiga paling suci dalam Islam itu.
Iklan
Iklan
Berikutan keputusan itu, Mufti Baitulmaqdis dan Palestin, Sheikh Muhammad Hussein menyuarakan kebimbangannya tentang kemungkinan berlakunya tentangan daripada penduduk Palestin.
Justeru, beliau merayu kepada penduduk Arab dan Muslim untuk menyelamatkan Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.
Jordan yang diiktiraf menjaga Masjid al-Aqsa melalui perjanjian dengan Amman dan Israel menganggap keputusan tersebut mencabar status sah masjid berkenaan.
Pada Rabu lalu, sebuah mahkamah di Israel membuat keputusan bahawa sembahyang kaum itu secara senyap dibenarkan di masjid tersebut asalkan ia tidak melanggar arahan polis Israel.
Ia membuat keputusan itu ekoran seorang penduduk Yahudi mengemukakan tuntutan undang-undang kerana dia tidak dibenarkan untuk bersembahyang di masjid itu. - Agensi