Punca kematian suami isteri rentung dalam kereta dikenal pasti

Iklan
Laporan Sinar Harian pada 7 Oktober 2021.

ALOR SETAR - Hasil bedah siasat terhadap mayat mangsa kebakaran kereta jenis Perodua Myvi di lampu isyarat Lebuhraya Sultanah Bahiyah, di sini pada Khamis mendapati punca kematian disebabkan kesan terbakar dan sesak nafas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, proses bedah siasat terhadap mayat mangsa lelaki dan wanita dilakukan pada hari sama.

Iklan
Iklan

"Kedua-dua mangsa didapati maut akibat luka terbakar dan sesak nafas selepas terhidu asap dalam kejadian kenderaan terbabas sebelum terbakar tersebut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan mayat pemandu dan penumpang rentung dalam kebakaran kereta jenis Perodua Myvi di lampu isyarat Lebuhraya Sultanah Bahiyah di sini pada Khamis dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri.

Iklan
Iklan

Identiti mayat lelaki di tempat duduk pemandu dikenali sebagai Lim Gi Ying, 22, telah disahkan waris, manakala mangsa wanita di tempat duduk penumpang dikenali sebagai Tan Su Wen, 19, berdasarkan penemuan dokumen pengenalan diri diperoleh dalam beg pada badannya.