Penganggur didakwa simbah cat merah

Iklan
Tertuduh dikenakan ikat jamin RM5,000 selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengganggu dan menyimbah cat merah di sebuah rumah.

SEREMBAN - Seorang wakil pemberi wang pinjaman tanpa lesen pada Jumaat mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengganggu dan menyimbah cat merah di sebuah rumah dekat Vision Homes Seremban 2 pada 21 Ogos lalu.

Tertuduh, Zulhilmi Nazran Zaifulnizam, 23, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Seremban Diana Mad Razali selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Iklan
Iklan

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dengan seorang lagi yang masih bebas, mengganggu seorang wanita dan keluarganya, dengan menyimbah cat merah di pekarangan rumah, pagar rumah, dan mengunci pintu pagar serta memberikan notis ugutan.

Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 29B(1) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Iklan

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM50,000 tetapi tidak lebih RM250,00 atau penjara tidak lebih tempoh tiga tahun atau kedua-duanya, dan boleh dikenakan sebatan.

Hakim, kemudiannya membenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dan tertuduh juga perlu melaporkan diri setiap bulan di balai polis berdekatan.

Iklan

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zulfikri Mohd Nasir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kes disebut semula pada 9 November.