Operasi pematuhan SOP Covid-19 sentiasa dijalankan: Arjunaidi

Iklan
Arjunaidi (lima dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima dalam Majlis Pelancaran Inisiatif Prihatin Pelajar Yatim Piatu Covid,-19 Selangor di Dewan Utama IPK Selangor pada Jumaat. Hadir sama, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide), Tan Sri Mazlan Mansor (tujuh dari kanan).

SHAH ALAM - Polis Selangor sentiasa menjalankan pemantauan dan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di negeri ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, operasi dan nasihat akan sentiasa diberikan kepada masyarakat sebagai usaha membendung penularan wabak Covid-19.

Iklan
Iklan

"Ketika ini, pasukan pematuhan SOP Covid-19 sentiasa melaksanakan operasi di sekitar kawasan tumpuan bagi memastikan SOP dipatuhi oleh masyarakat.

"Operasi yang kita jalankan bersifat jangka masa panjang, jadi dalam soal ini, masyarakat juga harus bertanggungjawab menjaga diri masing-masing," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Prihatin Pelajar Yatim Piatu Covid-19 Selangor di Dewan Utama IPK Selangor, di sini pada Jumaat.

Mengulas mengenai jumlah kompaun, katanya, setakat ini sebanyak 50 hingga 60 kompaun dikeluarkan dalam sehari atas pelbagai kesalahan pelanggaran SOP.

Iklan

Sementara itu, mengenai aktiviti rentas negeri yang akan diumumkan kerajaan, Arjunaidi berkata, pihaknya akan menunggu terlebih dahulu pengumuman tersebut dikeluarkan.

"Kita akan tunggu pengumuman daripada kerajaan, dan akan melihat apa yang diumumkan, dari situ kita akan melaksanakan strategi untuk menentukan pematuhan SOP yang berkaitan," katanya.